Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) - 15 April 2015

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) - 15 April 2015

Jawatan kosong kerajaan terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) April 2015. Warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian/Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41/DH29 bagi bidang berikut:

a) Lukisan Senibina;
b) Landskap dan Nurseri;
c) Penyejukan dan Penyamanan Udara; dan
d) Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian).

Pengisian kekosongan jawatan melibatkan bidang-bidang pengkhususan tersebut adalah bagi keperluan di Sabah dan Sarawak.

jawatan kosong spp


Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui portal JobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my . Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2015. Sebarang
pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia di talian 03-88717408/7413. Skim dan syarat lantikan boleh dirujuk di www.spp.gov.my. Calon akan dipanggil temu duga sekiranya melepasi asas tapisan yang telah ditetapkan.